08 November 2007



Purnama Senja,terbitan Asas 50
Pendidik Millenium
Ditulis oleh Muhammad Khairool Haque

WATAK: CIKGU HALIM.
Cikgu Halim ialah seorang yang tidak beriman. Dia tidak dapat mengawal nafsunya dan telah melakukan zina bersama Ms Wong. Mereka belum sah bernikah jadi ianya haram untuk Cikgu Halim berkelakuan seperti itu, apatah lagi bersama guru beragama lain. Cikgu Halim juga kemungkinan seorang kaki botol. Ini bermaksud bahawa dia kurang berpendidikan agama Islam, yang mengharamkan minuman arak. Selain itu, dia juga telah memarahi Hakim kerana telah mengaitkan agama Islam kepada Singapura dalam karangannya. Cikgu Halim seolah-olah membenci dan mengetepikan agama Islam.

Watak Cikgu Halim juga seorang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai seorang guru, Cikgu Halim bertanggungjawab untuk menjadi contoh yang baik bagi pelajar2 namun, dia gagal untuk membuat sedemikian. Pertama sekali, dia seorang perokok. Sekolah telah memesan para pelajar agar menjauhkan diri daripada merokok namun, Cikgu Halim sendiri merokok. Kedua, Cikgu Halim, dengan terang2nya berkata dia “penat semak buku-buku kerja” mereka. Dia seolah-olah tidak menganggap kerja itu sebagai tanggungjawabnya dan hanya menjadi seorang guru kerana “gajinya yang lumayan”. Kelakuannya ini menujukkan bahawa dia malas dan mengambil pekerjaannya ini dengan sikap sambil lewa.

Cikgu Halim juga seorang yang licik. Cikgu Halim “boleh dikatakan sebagai antara cikgu yang paling tampan di sekolah ini.” Ini bermaksud ramai guru2 yg mungkin terpikat dengannya. Namun, Cikgu Halim telah melakukan zina bersama Ms Wong, pengetua sekolah itu. Ini menunjukkan bahawa Cikgu Halim menggilakan status. Mungkin padanya, jika dia rapat dengan ms wong, dia boleh dinaikkan pangkat.

WATAK: HAKIM.
Hakim seorang yang penyabar. Walaupun cikgu halim seorang guru yang berperangai buruk, dia tetap menghormatinya sebagai seorang guru. Ini terbukti dalam “hakim tidak menjawab juga. Dia bukan tidak mahu menjawab tetapi dia takut nanti dia menjawab keterlaluan sehingga dikatakan sebagai biadap.” Hakim sedar bahawa dia tidak boleh bersikap biadap terhadap gurunya dan menghormatinya. Sebaliknya, hakim bersikap seperti “gunting makan di hujung.” Contohnya, dia mengucapkan terima kasih kepada cikgu halim apabila disuruh keluar dari bilik darjah.


Hakim juga telah berkata bahawa “kakinya sentiasa berasa berat setiap kali apabila dalam perjalanan ke bilik darjah untuk mengikuti kelas bahasa Melayunya”. Dia juga menyfatkan bilik darjahnya sebagai sebuah penjara dan menurutnya, dia dipenjarakan cikgu halim. Jika hakim seorang yg tidak sabar, dia tidak akan terus mengikuti kelas cikgu halim. Dia mungkin membuat aduan bahawa Cikgu Halim guru yang berperangai buruk dan tidak mahu mengikuti kelasnya.


Selain itu, Hakim seorang yang berani. Apabila dimarahi kerana mengaitkan Islam dengan Singapura dalam karangannya, Hakim memberanikan diri untuk mempertahankan dirinya. Katanya, “Cikgu menyuruh kami menulis..mengenai kehidupan rakyat Singapura..tetapi tidak bermaksud saya tidak boleh mengaitkannya dengan keadaan pada zaman Rasulullah yang mana pelbagai kaum dan bangsa hidup aman..” Dia menegakkan pendapatnya bahawa mengaitkan unsur Islam dengan Singapura tidak salah. Hakim juga seolah-olah berani menyindir Cikgu Halim tentang agama dan bangsa.


WATAK: MS WONG.
Ms Wong memainkan watak yang mentel dan miang. Oleh kerana cikgu halim itu antara guru yang paling tampan, Ms Wong telah bermanja-manja dan mengurat cikgu halim. Dia tahu bahawa sebagai seorang pengetua yang belum berkahwin, Cikgu Halim bakal terpikat dengannya.
----------- selepas ‘malam’ itu, Cikgu Halim cemas berbincang dengan Ms Wong sama ada para pengakap telah melihatnya. Namun, Ms Wong mempersendakan Cikgu Halim. Buktinya “sagar nampak hari ini?” “Jangan bimbang. Tiada sesiapa yang nampak”. Ms wong mcm perli Cikgu Halim (orang melayu).. dah buat salah beh takot sendiri?
9:29 AM

01 November 2007



I GOT B4 FOR SASTERA LAAAAA. PFFT.
5:43 PM










t e r p a k s a

NUR AMIRAH BADRIAH
BTE ABDUL LATIFF.
bpghs.
kelas sastera cikgu SAZALI.

d i p a k s a

ahmad g.
waneh.
iqqy.
odah.
noneng.
jau.
yanti.
ckg sazali.

m e m a k s a